KPM keluarkan takwim persekolahan sesi 2021

KPM keluarkan takwim persekolahan sesi 2021

Nurul Huda Abhar

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan takwim penggal persekolahan bagi sesi 2021 yang akan bermula pada 20 Januari dan tamat pada 10 Disember.

Bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, penggal persekolahan sesi tahun 2021 bermula 20 Januari dan tamat pada 9 Disember 2021.

Menerusi Surat Siaran KPM Bilangan 8 Tahun 2020 ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Adzman Talib yang dimuat naik di Facebook KPM, takwim penggal dan cuti persekolahan 2021 itu adalah bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan KPM.

“KPM telah menyelaras tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan tahun 2021 yang melibatkan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Deepavali dan Hari Krismas.

“Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali,” katanya.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa peruntukan cuti tambahan oleh KPM tidak perlu ganti dengan sesi persekolahan yang lain.

Kumpulan A
Kumpulan B
Cuti perayaan 2021