Akhirnya PSG ke final

Akhirnya PSG ke final

Paris Saint Germain (PSG) mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2019/20 apabila berjaya menundukkan wakil Jerman, RB Leipzig 3-0 pada aksi separuh akhir, awal pagi tadi.

Kejayaan itu pastinya memberikan makna yang cukup besar buat PSG berikutan ia merupakan kali pertama PSG melayakkan diri ke perlawanan akhir saingan paling berprestij di Eropah tersebut.

Tiga jaringan berkenaan dihasilkan oleh pemain pertahanan Brazil, Marquinhos pada minit ke-13, Angle Di Maria minit ke-40 dan Bernat pada minit ke-56.

Skuad kendalian Thomas Tuchel kini menanti pemenang di antara Bayern Munich dan Lyon yang bakal beraksi pada awal pagi esok.