Covid-19: Malaysia catat 16 kes baharu

Covid-19: Malaysia catat 16 kes baharu

Nurul Huda Abhar

Sebanyak 16 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi, dengan jumlah keseluruhan kes di negara ini kini 9,235.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 16 kes itu, empat adalah kes import dan 12 lagi kes penularan tempatan.

Menurutnya, 12 kes tempatan tersebut adalah membabitkan tujuh di Kedah iaitu daripada Kluster Tawar (4) dan Kluster Sala (3), selain empat kes di Pulau Pinang serta satu di Johor.

“Sehingga hari ini, terdapat tujuh kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia akekal sebanyak 125 kes iaitu 1.385 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.