Kluster Sala catat 8 kes baharu

Kluster Sala catat 8 kes baharu

Kluster Tawar di Kedah mencatatkan lapan kes baharu hari ini melibatkan masing-masing empat di Kedah dan Pulau Pinang.

Ia menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 bagi kluster itu kini 55 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sehingga jam 12 tengah hari tadi seramai 1,910 orang telah disaring dalam kluster ini iaitu 1,560 di Kedah dengan 44 kes dikesan positif, 1,173 individu negatif dan 343 masih menunggu keputusan.

Di Pulau Pinang, katanya, seramai 341 orang disaring dengan 11 kes dikesan positif Covid-19, 316 individu negatif dan
14 lagi masih menunggu keputusan.

“Di Perak kesemua sembilan individu yang disaring adalah negatif,” katanya.

Mengenai Kluster Sala di Kedah, Dr Noor Hisham berkata tiga kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif kini 11.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, menurutnya seramai 668 orang telah disaring dalam kluster ini iaitu 622 di Kedah dengan 11 kes dikesan positif, 494 individu negatif; dan 157 individu masih menunggu keputusan.

“Di Pulau Pinang enam individu disaring dan semuanya negatif,” katanya.