Jadi sasaran penembak tepat, Salman Khan nyaris dibunuh

Jadi sasaran penembak tepat, Salman Khan nyaris dibunuh

Aktor Bollywood, Salman Khan nyaris menjadi mangsa bunuh seorang penembak tepat kumpulan
Lawrence Bishnoi.

Menurut laporan FilmFare, perkara tersebut didedahkan salah seorang penembak tepat kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai, Rahul.

Rahul ditahan polis selepas didakwa terlibat dalam pembunuhan seorang penduduk Faridabad, India.

Pegawai perhubungan awam Balai Polis Faridabad, Sube Singh berkata, Rahul pergi ke kawasan kediaman Salman di Bandra dan telah membuat tinjauan selama dua hari di sana.

“Ketika disoal siasat, Rahul beritahu dia pergi ke Mumbai pada Januari untuk melakukan pembunuhan ke atas Salman Khan.

“Dia melakukannya atas arahan Bishnoi dan seorang lagi ahli kumpulan tersebut iaitu Sampat Nehra yang pernah melakukan perkara sama sebelum ditangkap pada Jun 2018,” katanya seperti dilapor mStar hari ini.

Sube berkata, Rahul kini berada dalam tahanan polis untuk soal siasat selanjutnya dan akan dihadapkan ke mahkamah.