Kedah tangguh aktiviti masjid, surau di 5 daerah

Kedah tangguh aktiviti masjid, surau di 5 daerah

Nurul Huda Abhar

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) menangguhkan sebarang aktiviti keagamaan di masjid dan surau di kawasan yang berisiko jangkitan Covid-19

Pengarah JHEAIK dalam kenyataan hari ini berkata, masjid dan surau yang terlibat terletak di 46 kariah dalam daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Baling dan Yan.

“Keseluruhan operasi surau di kariah yang terlibat adalah diarahkan ditutup.

“Solat Jumaat di masjid-masjid terlibat adalah ditangguhkan, digantikan dengan solat fardhu Zohor,” katanya.

Selain itu, solat fardhu berjemaah di masjid-masjid terlibat dibenarkan dengan bilangan jemaah maksimum tiga orang sahaja melibatkan imam, pegawai masjid atau jawatankuasa kariah secara bergilir-gilir dalam satu waktu.

Aktiviti keagamaan seperti majlis ilmu,
kuliah dan kelas pengajian serta majlis bacaan Yassin juga tidak dibenarkan

Majlis akad nikah juga tidak dibenarkan selain pengurusan solat jenazah hanya dibenarkan dilaksanakan di rumah dengan kehadiran pegawai masjid dan ahli keluarga terdekat sahaja.

Arahan berkenaan berkuat kuasa bermula hari ini, sehingga arahan rasmi dikeluarkan terkini dikeluarkan dari semasa ke semasa.