PKR guna lambang sendiri hadapi PRN Sabah – Anwar

PKR guna lambang sendiri hadapi PRN Sabah – Anwar

PKR memutuskan untuk kekal bertanding menggunakan lambangnya sendiri bagi menghadapi pilihan raya negeri (RPN) di Sabah bulan depan.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim keputusan itu dibuat walaupun terdapat cadangan Pakatan Harapan (PH) secara seragam menggunakan lambang Warisan.

“Ada cadangan (guna lambang Warisan) tetapi PKR putuskan untuk guna lambang PKR,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Sebelum ini Parti Amanah ada menyarankan PH menggunakan logo Warisan dan cadangan itu akan diteliti kepemimpinan parti.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, berkata saranan tersebut akan diputuskan selepas PH berbincang dengan rakan sekutu mereka di Sabah. 

Sementara itu, Anwar yang juga pengerusi PH berkata, pembahagian kerusi yang adil akan dibuat dalam kalangan parti gabungan untuk menentukan calon yang layak bertanding pada PRN Sabah.

“Dalam tradisi kita memang ada rundingan diteruskan supaya ada konsensus dan pembahagian yang adil akan dibuat bagi tentukan calon yang berkelayakan dan berwibawa,” katanya.

Mengulas memgenai dakwaan kononnya enam wakil rakyat Amanah akan melompat ke Bersatu, Anwar menyifatkannya sebagai tidak berasas.

“Ini hanya politik secara dasar dan kata-kata katak lompat sahaja.

“Realiti kita ada kerajaan yang rapuh meskipun dengan usaha penambahan kementerian, kerajaan masih tak boleh lepasi bilangan kerusi lebih 50-50 (peratus). Bukan tanda baik untuk kerajaan,” katanya.