Warga emas maut kereta terjatuh dari tingkat 3

Warga emas maut kereta terjatuh dari tingkat 3

Muhammad Mustakim Ramli 

Seorang lelaki warga emas maut apabila kenderaan dipandunya terjatuh dari tingkat tiga tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul, petang tadi.

Mangsa berusia 63 tahun yang ditemui di kawasan lapang tingkat bawah pangsapuri itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Difahamkan, mangsa maut akibat kecederaan di kepala dan dada.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur yang menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 6.27 petang mengerahkan satu jentera dan ambulans ERMS, JBPM bersama sembilan anggota ke lokasi kejadian.

Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba Hafizan Hassan, berkata pihaknya mendapati kenderaan jenis Toyota Land Cruiser dinaiki mangsa terlanggar tembok tempat letak kereta di tingkat tiga sebelum terjunam ke bawah,” katanya.