Warganet kecam tindakan DAP Sarawak

Warganet kecam tindakan DAP Sarawak

Muhammad Mustakim Ramli

Tindakan DAP Sarawak menampal perkataan tulisan cina di tiga papan tanda jalan di Kuching, mengundang kecaman warganet.

Menerusi Facebook DAP Sarawak, beberapa pemimpin parti ‘Roket’ itu menampal nama jalan dalam tulisan Cina di Jalan Main Bazaar, Jalan Green Hill dan Lebuh Wayang.

Gambar yang dimuat naik pada tengah hari itu dipenuhi dengan emoji marah dan hampir keseluruhan komen tidak bersetuju dengan tindakan parti berkenaan.

Antaranya komen dari Tuan Hilmi yang mengatakan penduduk tempatan dari etnik Iban tidak berlebih-lebih dalam menggunakan bahasa mereka.

“Orang Iban yang ada tulisan kuno sendiri pun tak melebih…berbesar hati atas semangat kesatuan mengunapakai tulisan dan bahasa Melayu,” katanya.

Sementara itu, Nik Muhammad berkata adalah lebih baik menggunakan bahasa warga pribumi di Sarawak.

“Aku rasa lebih baik letak bahasa Iban, Bidayuh, Kadazan, Murut, Dusun dan lain-lain. Sah-sah pribumi kat situ..bila la DAP nak berjiwa Malaysia,” katanya.