Kluster Tawar catat tiga kes baharu

Kluster Tawar catat tiga kes baharu

Fitri Nizam

Sebanyak sembilan kes positif Covid-19 dicatatkan hari ini membabitkan lima kes penularan tempatan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada sembilan kes berkenaan terdapat empat kes membabitkan warganegara manakala selebihnya adalah bukan warganegara.

“Terdapat tiga kes baharu membabitkan kluster Tawar dicatatkan di Kedah. Selain itu, terdapat satu kes baharu membabitkan pelanggan sebuah restoran di Titiwangsa, Kuala Lumpur,” katanya.

KKM berkata, terdapat satu kes penularan tempatan membabitkan seorang bukan warganegara yang dikesan ketika saringan dijalankan terhadapnya sebelum pulang ke negara asal.

“Individu berkenaan tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak,” katanya.

KKM turut memaklumkan bahawa empat kes import yang mendapat jangkitan di luar negara adalah membabitkan warganegara Filipina, Autria, Indonesia dan India.