Lelaki Perancis bergelang pink diarah kuarantin di klinik kesihatan

Lelaki Perancis bergelang pink diarah kuarantin di klinik kesihatan

Lelaki warganegara Perancis memakai gelang tangan merah jambu yang tular di Langkawi semalam, kini menjalani kuarantin di Klinik Kesihatan Ayer Hangat.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata lelaki tersebut tidak dibenarkan menjalani kuarantin di rumah sewanya di Pantai Chenang.

“Terkini, lelaki yang memakai gelang merah jambu itu dihantar ke Klinik Kesihatan Ayer Hangat untuk dikuarantin dan tidak dibenarkan berada di rumah sewanya.

“Ia dibuat atas arahan Kementerian Kesihatan (KKM), elok untuk keselamatan dirinya dan keselesaan orang sekeliling,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, lelaki warganegara Perancis yang memakai gelang tangan merah jambu dikesan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL).

Difahamkan, individu tersebut telah menjalani saringan oleh KKM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa tiba dan ujian mendapati dia negatif Covid-19.