Siti Kasim bebas tuduhan halang tugas pegawai Jawi

Siti Kasim bebas tuduhan halang tugas pegawai Jawi

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membebaskan peguam Siti Kasim daripada tuduhan menghalang tugas penjawat awam dalam serbuan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Kes itu berkaitan dengan serbuan Jawi dalam satu acara transgender pada 2016.

Majistret Tawfiq Affandy Chin membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Siti Kassim, atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim.

Siti Kassim yang juga aktivis mengaku tidak bersalah pada 23 Jun 2017 dan mohon dibicarakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya.

Serbuan oleh pihak Jawi berkenaan dilakukan pada satu acara transgender pada April 2016 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur di mana Siti Kasim hadir sebagai tetamu.


Kredit Foto: Bernama TV