Kluster Tawar catat 5 kes baharu

Kluster Tawar catat 5 kes baharu

[Covid-19] SEBANYAK lima kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di Kedah, menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 kluster ini sebanyak 63 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 2,942 orang telah disaring dalam kluster tersebut.

Katanya, di Kedah seramai 2,414 orang telah disaring dengan 52 kes dikesan positif Covid-19, 2,227 individu negatif dan 135 imasih menunggu keputusan.

Di Pulau Pinang, katanya, seramai 517 orang disaring yang mana 11 kes dikesan positif Covid-19, 443 individu negatif dan
63 masih menunggu keputusan.

“Di Perak kesemua 11 saringan adalah negatif dan tiada saringan baharu.

“Pengesanan kes dan saringan kontak rapat bagi kluster ini masih diteruskan. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.