Cemas harimau dahan terlepas dari kandang

Cemas harimau dahan terlepas dari kandang

MENCEMASKAN apabila seekor harimau dahan terlepas dari kandang di Taman Hidupan Liar Lok Kawi di Sabah, awal pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 6.15 pagi menyebabkan pengurusan taman berkenaan menugaskan pasukan untuk menjalankan operasi mencari.

Pihak taman hidupan liar itu juga meminta orang ramai khususnya di kawasan sekitar untuk melaporkan jika terlihat haiwan tersebut.

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga mengesahkan haiwan berkenaan berjaya ditangkap pada jam 8.45-malam tadi, lapor RTM Sabah.

Menurutnya, kakitangan Jabatan Hidupan Liar telah memulakan pencarian sejurus menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Harimau dahan itu dalam keadaan selamat dan kini sedang dirawat. – Malaysia Post

Anggota Jabatan Hidupan Liar Sabah berjaya menangkap semula harimau dahan yang terlepas. – Foto: RTM / Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga