Elak main isu peribadi, perkauman

Elak main isu peribadi, perkauman

PARTI politik perlu guna pendekatan politik matang dengan tidak lagi memainkan isu peribadi dan perkauman.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam mana-mana pilihan raya, pihak yang bertanding menggunakan isu peribadi dan kaum dan ia tidak seharusnya digunakan lagi.

“Yang penting bagaimana seorang calon yang mewakili parti-parti berkenaan memperjuangkan kepentingan seluruh rakyat.

“Dalam konteks ini, Sabah dikategori daripada pelbagai etnik dan kita harus mengenepikan perbezaan ini.

“Saya harap kita gunakan pendekatan politik yang matang sama ada kita di Barisan Nasional dan rakan-rakan yang mempunyai wadah yang sama ataupun pihak yang memerintah sekarang ini perlu mengenepikan isu tersebut agar rakyat dan pengundi memilih calon yang baik untuk menubuhkan kerajaan baru di Sabah,” katanya selepas Program Ramah Mesra Bersama Pengundi India, Slim River hari ini.

Ia susulan berlakunya serangan peribadi dan perkauman yang dijadikan topik perdebatan politik di Sabah kebelakangan ini sekali gus memberi contoh negatif kepada generasi muda. – Malaysia Post