Kedah salur RM2.9 juta bantu penduduk terkesan Covid-19

Kedah salur RM2.9 juta bantu penduduk terkesan Covid-19

[Covid-19] KERAJAAN Kedah memperuntukkan RM2.9 juta bagi membantu 9,678 penduduk yang terjejas akibat penularan Covid-19 di negeri itu.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bantuan itu diserahkan secara sekali gus sebanyak RM300.

“Bantuan RM300 itu diagihkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.

Sanusi berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Amanah-Mengkudu) mengenai bantuan dan rangsangan ekonomi kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah kepada penduduk yang terjejas akibat Covid-19.

Muhammad Sanusi berkata, antara inisiatif lain membantu penduduk ialah menerusi program Sentuhan Kasih di kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco).

Katanya, sebanyak RM49,980 diperuntukkan menerusi program berkenaan membabitkan bantuan makanan asas untuk diagihkan kepada penduduk B40 yang terjejas akibat Kluster Sivagangga. – MalaysiaPost