PKPP: Tunggulah dengan sabar – Ismail Sabri

PKPP: Tunggulah dengan sabar – Ismail Sabri

MENTERI Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri meminta rakyat menunggu pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan disambung atau sebaliknya.

“Jika sambung… sambunglah. Jika tak sambung.. tak sambunglah. Biasanya seminggu sebelum 31 Ogos ini ataupun dalam minggu ini Perdana Menteri akan umumkan.

“Insya-Allah kita tunggulah dengan sabar,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PKPP yang sepatutnya berakhir pada 31 Ogos ini akan dilanjutnya, susulan kes harian Covid-19 kini jatuh kepada satu angka.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan PKPP yang dilanjutkan sehingga situasi Covid-19 dalam negara benar-benar terkawal.

Cadangan itu sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).- Malaysia Post