Anifah tanya apa khabar!

Anifah tanya apa khabar!

PRESIDEN Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman yang tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu, berkata beliau telah mula bekerja dua hari lalu.

Dalam satu hantaran di Facebooknya malam tadi, bekas Menteri Luar itu berkata beliau kini memantau kerajaan baharu Sabah di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Apa khabar semua? Demam PRN sudah sejuk? Dah mula kerja?

“Kerja saya untuk memantau kerajaan Negeri telah bermula dua hari lalu,” katanya yang tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan di Parlimen Kimanis.

Anifah turut mengajak pengikut Facebooknya untuk sama-sama memantau kerajaan baharu Sabah dipimpin Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor.

Pada PRN Sabah Sabtu lalu, PCS tewas di semua 73 kerusi DUN ditandinginya.

Anifah bagaimanapun menyatakan rasa bangga kerana tetap mendapat sokongan rakyat, apatah lagi partinya masih baharu. – Malaysiapost