AS haramkan import produk sawit FGV

AS haramkan import produk sawit FGV

AMERIKA Syarikat (AS) mengharamkan import produk sawit dari FGV Holdings Bhd (FGV) kerana mendakwa syarikat tersebut melakukan kerahan tenaga buruh paksa.

Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan AS (CBP) menerusi kenyataan menjelaskan ia dibuat susulan siasatan selama setahun yang mendakwa FGV melakukan tenaga buruh paksa seperti penyeksaan terhadap golongan ditindas, keganasan fizikal dan seksual, melakukan ancaman dan penyimpanan pengenalan diri.

Menurut Astro Awani, siasatan itu turut mendakwa buruh paksa kanak-kanak telah digunakan dalam proses pengeluaran minyak sawit syarikat tersebut.

CBP turut menegaskan pengharaman itu berkuatkuasa serta-merta.

Ia juga telah mengeluarkan arahan Perintahan Tahanan Pelepasan (WRO) terhadap kemasukan dan penggunaan minyak sawit yang dihasilkan FGV di negara itu.

Pengharaman itu menyusul selepas sekumpulan hak asasi meminta pihak berkuasa AS melakukan siasatan terhadap FGV mengenai kebimbangan penggunaan buruh paksa dan pemerdagangan manusia dalam syarikatnya.

FGV bagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas berhubung perkara ini. – Malaysiapost