Covid-19: 16 daerah di Selangor zon merah

Covid-19: 16 daerah di Selangor zon merah

SEBANYAK 16 daerah di enam mukim di Selangor dikategorikan sebagai zon merah sehingga semalam.

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Pasukan Khas Covid-19 Selangor (STFC), daerah yang dikategorikan sebagai zon merah ialah Kapar, Klang, Ampang, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Semenyih, Bukit Raja, Damansara, Petaling dan Sungai Buloh.

Manakala, lima lagi kawasan adalah Batu, Hulu Klang, Dengkil, Labu dan kawasan di Kuala Langat.

“Sehingga jam 12 tengah hari semalam, sebanyak 10 kes baharu membabitkan 10 kes tempatan dicatatkan di negeri ini.

“Sebanyak 2,271 kes Covid-19 dicatatkan di seluruh Selangor secara keseluruhan dengan merekodkan 24 kematian,” kata kenyataan itu.

Selain itu, sebanyak 53 kes aktif direkodkan dan 39 kes membabitkan individu yang mendapatkan jangkitan di negeri lain.

“Setakat ini juga, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-Naught (RO) bagi Selangor juga lebih tinggi daripada Sabah.

“Perkara ini sangat memerlukan kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi bagi menurunkan semula jangkitan di Selangor termasuk penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan,” kata kenyataan itu. -Malaysiapost