Meninggal dunia ketika laungkan azan Subuh

Meninggal dunia ketika laungkan azan Subuh

SEORANG muazzin meninggal dunia ketika baru saja melaungkan dua rangkap azan ketika waktu Subuh di Surau Ar-Rayyan, Apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam, pagi ini.

Ambulans membawa jenazah ke hospital

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Rosliman atau Abang Man dikatakan tiba-tiba rebah ketika sempat melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ dan ‘Ashadu alla illaha illa Allah’.

Menurut hantaran Facebook Lembaga Zakat Selangor, suasana di surau terbabit bertukar cemas sebelum Ahli Jawatankuasa surau membuat pengumuman memanggil ahli keluarga arwah untuk turun.

“Abang Man telah kembali bertemu PenciptaNya dalam keadaan semua orang beriman impikan. Arwah meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah,” kata hantaran itu.

Katanya lagi, hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan sangat teruja untuk mengazankan waktu Subuh walaupun beliau bukan bilal surau.

“Beliau merupakan AJK Pemeriksa Kira-kira surau,” katanya. -Malaysiapost