Panjat menara gara-gara gaduh dengan isteri

Panjat menara gara-gara gaduh dengan isteri

[Dunia] MUAK dengan bebelan si isteri, seorang lelaki di pekan Moradabad, Uttar Pradesh, India memanjat puncak menara pencawang telekomunikasi di kawasan Pakwara untuk menyejukkan hatinya.

Gulf News melaporkan, Tejpal Singh bertindak demikian untuk menenangkan diri gara-gara pertengkaran dengan isterinya.

Malah, dia juga enggan turun apabila diminta orang ramai yang melihat kejadian.

Dia hanya bersetuju untuk turun dari menara pencawang telekomunikasi itu selepas campur tangan pihak berkuasa tempatan dan polis yang meyakinkannya untuk turun.

“Saya muak dengan isteri saya. Dia cuba mengenakan saya dengan pelbagai tuduhan palsu,” katanya namun penjelasan itu tidak didengar pihak polis.

“Saya rasa mahu memutuskan hubungan ini,” kata Tejpal memetik laporan berita tempatan.

Polis mengatakan ini adalah perkahwinan kedua Tejpal dan pasangan itu sudah banyak kali bertengkar mengenai beberapa isu.

Kejadian itu turut mencetuskan reaksi dalam kalangan pengguna di Twitter sehingga trending apabila ada di antara mereka berkongsi berita itu dan mendapat ulang ciap. – Malaysiapost