Projek monorel akan diteruskan

Projek monorel akan diteruskan

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan akan meneruskan pembinaan monorel sebagai salah satu kaedah pengangkutan awam utama di Putrajaya selepas pembinaannya dihentikan selama 16 tahun.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata perancangan ke arah itu ada dibincangkan kerana perkhidmatan monorel melengkapkan sistem pengangkutan awam di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan berkenaan.

Beliau berkata, pada masa ini kementeriannya sedang meneliti secara menyeluruh cadangan itu dan kemungkinan projek ini dapat diteruskan secara kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta.

“Justeru, kita akan buat ‘request for proposal’ daripada pelbagai pihak yang telah menunjukkan hasrat sebelum ini kerana terdapat beberapa syarikat swasta yang berminat.

“Malah ada syarikat yang dah bentang cadangan mereka, “katanya seperti dilapor PN BBC Portal.

Beliau berkata, pihaknya masih terbuka dan memberi peluang kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cadangan bagi meneruskan projek berkenaan.

“Kita ambil sedikit masa dalam masa tiga bulan untuk siapkan dokumen sebelum dibuka kepada penyertaan awam,” katanya. -Malaysiapost