Zuraida kuarantin di rumah 14 hari

Zuraida kuarantin di rumah 14 hari

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin kini sedang menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad berkata ia selepas terdapat satu kes positif Covid-19 dalam satu program dihadiri beliau di Langkawi pada 27 September lalu.

Katanya, Zuraida telah dua kali menjalani ujian swab sebaik pulang dari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September lalu serta kali kedua pada 29 September, kedua-duanya negatif.

Beliau juga memberikan kronologi aktiviti Zuraida sejak seminggu lalu:

1- YB Zuraida pulang dari Sabah pada 26 September dan terus menjalani ujian swab di klia2 sejurus tiba dan keputusan segera yang diperoleh adalah negatif.

2- Pada 27 September beliau hadir program di Langkawi pada sebelah pagi dan pulang petang itu juga.

3- Pada pagi 28 September beliau hadir ke program Malaysia Urban Forum di Kuala Lumpur dan hanya pada petangnya dimaklumkan terdapat satu kes positif Covid-19 dalam program di Langkawi.

4- Pada pagi 29 September, YB Zuraida sekali lagi menjalani ujian swab dan keputusannya juga negatif.

5- Kini YB Zuraida Kamaruddin sedang menjalani self-quarantine di kediaman beliau selama 14 hari seperti saranan KKM.