Kabinet Hajiji angkat sumpah

Kabinet Hajiji angkat sumpah

MAJLIS angkat sumpah jawatan menteri, pembantu menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah lantikan berlangsung di Istana Negeri, pagi ini.

Seramai 30 individu mengangkat sumpah di hadapan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada majlis yang berlangsung jam 10 pagi tadi.

Mereka termasuk Datuk Kadzim M Yahya yang dilantik sebagai Yang Dipertua DUN Sabah.

Susulan penularan wabak Covid-19 di negeri ini, upacara angkat sumpah dimaklumkan akan dilakukan secara ‘ekspres’ tanpa melibatkan kehadiran tetamu-tetamu undangan.

Dengan termeterainya angkat sumpah jawatan tersebut, pentadbiran kerajaan negeri Sabah yang baharu di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kini lengkap.

Susulan penularan wabak COVID-19 di negeri ini, upacara angkat sumpah dimaklumkan akan dilakukan secara ‘ekspres’ tanpa melibatkan kehadiran tetamu-tetamu undangan.

Dengan termeterainya angkat sumpah jawatan tersebut, pentadbiran kerajaan negeri Sabah yang baharu di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kini lengkap.

Pada 29 September lalu, Hajiji mengangkat sumpah jawatan tersebut diikuti barisan timbalan-timbalan ketua menteri dan menteri-menteri kanan.

Berikut senarai anggota kabinet negeri Sabah yang mengangkat sumpah hari ini:

Speaker
Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya

Ahli Jemaah Menteri
1) Datuk Aripin Mohd Arif: Menteri Tugas-Tugas Khas

2) Datuk Jafry Ariffin: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

3) Ir Shahelmy Yahya: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat

4) Datuk Yakubah Khan: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

5) Datuk Ellron Angin: Menteri Belia dan Sukan

Pembantu Menteri
1) Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri
i. Datuk Abidin Madingkir
ii. Datuk Wetrom Bahanda

2) Pembantu Menteri Kewangan
i. Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan
ii. Jasni Daya

3) Pembantu Menteri Kerja Raya
i. Datuk Limus Jury
ii. Robert Tawik @ Nordin

4) Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan
i. Datuk James Ratib
ii. Hendrus Anding

5) Pembantu Menteri Pembangunan Industri
i. Tamin @ Tamin Zainal

6) Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Menteri Kewangan II
i. Datuk Isnin Aliasnih @ Liasnih
ii. Mohamad Hamsan Awang Supian

7) Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar
i. Samad Jambri @ Jamri
ii. Harun Durabi

8) Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
i. Datuk Joniston Lumai @ Bangkuai

9) Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat
i. Datuk Julita Mojungki
ii. Flovia Ng

10) Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
i. Datuk Ruddy Awah

11) Pembantu Menteri Belia dan Sukan
i. Andi Muhammad Suryady Bandy

Penyerahan Watikah Adun (Dilantik)
1) Suhaimi Nasir
4) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee
2) Raimie Unggi
5) Datuk Amisah Yassin
3) Jaffari Walliam
6) Dr Aliakbar Gulasan
-Malaysiapost

Foto Kredit: Awani