Masih ada lagikah ‘Umar Abdul Aziz’ pada masa kini

Muhammad Afiq

DICERITAKAN pada suatu hari isteri kepada Khalifah Umar Abdul Aziz iaitu Fatimah Abdul Malik menemui suaminya sedang menangis.

Fatimah cuba memujuk dan menengangkan suaminya yang sedang menangis itu, lalu Umar memberitahu isterinya kenapa beliau menangis.

Jelas Umar beliau menangis kerana menanggung beban umat Nabi Muhammad SAW dari yang hitam sehinggalah yang merah.

“Aku memikirkan keadaan orang fakir kelaparan, orang sakit terpinggir, orang tidak cukup pakaian yang tersisih, yang teranaiya dan tertekan, yang terasing dan tertawan dalam penghambaan, yang tua dan yang lemah, yang memiliki banyak ahli keluarga namun kurang hartanya di seluruh pelusuk negeri.

“Aku tahu dan sedar bahawa Tuhanku akan bertanya padaku tentang semua ini di hari Kiamat kelak. Aku khuatir saat itu aku tidak memiliki alasan yang kukuh di hadapan Tuhanku. Itulah yang membuatku menangis,” jelas Umar kepada isterinya Fatimah.

Begitu takutnya seorang khalifah dengan amanah yang dipikulnya. Hebatnya pemimpin Islam ini, beliau menangis memikirkan betapa jika beliau gagal menjalankan amanah dengan baik dan bagaimana untuk menjawabnya kelak di hadapan Allah SWT.

Demikianlah Umar, khalifah yang sentiasa mengingati rakyatnya yang sedang di dalam kesusahan. khalifah yang memikirkan betapa besarnya amanah Allah SWT padanya.

Segala tindak tanduknya adalah demi kebajikan rakyat di bawahnya. Meskipun beliau sentiasa mengambil berat dan menjaga kebajikan rakyatnya, beliau tetap bimbang sekiranya masih ada yang terlepas dari pengetahuannya.

Keimanan dan ketakutan kepada Allah SWT inilah yang mendorong beliau untuk memimpin dengan saksama dan berusaha keras meringankan beban rakyatnya, kerana risaukan dosa dan hari pembalasan.

Masih adakah “Umar” memimpin negara hari ini, masih ada lagikan pemimpin Islam yang persis Umar meletakkan kepentingan rakyatnya melebihi kepentingan kuasanya yang diinginkan.

Masih ada lagikah “Umar” di negara kita yang menangis, tidak tidur malam memikirkan nasib dan kebajikan rakyatnya.

Hari ini kita tidak nampak pemimpin kita yang persis khalifah Umar dalam memikirkan nasib rakyat. Hari ini pemimpin kita sedang sibuk mencatur kuasa “bermain politik” demi kepentingan rakyat.

Hari ini pemimpin kita hanya memperdangkan slogan “demi rakyat” bagi “menghalalkan” perbutan kuasa antara mereka sehingga lupa akan penderitaan dan kesengsaraan rakyat yang berdepan wabak Covid-19.

Sebagai pemimpin Islam, meskipun tidak mampu menangis seperti mana Umar yang takut akan Allah SWT jika gagal melaksanakan amanah pada rakyat dengan baik, ambil lah sedikit teladan Umar, hentikan perbuatan kuasa, fikirkan rakyat yang sedang menderita.

Wahai sang pemimpin, ingatlah bahawa kuasa yang kamu ada hari ini akan dijawab di hadapan Allah SWT kelak.- Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights