Kalau rakyat merusuh ‘oklah’ nak isytihar darurat – Mukhriz

Muhammad Mustakim Ramli

RAKYAT sanggup berkorban kenapa perlu ditekan dengan darurat?, soal pengasas parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat juga tidak mencetuskan huru-hara hingga perlunya pengisytiharan darurat.

“Kalau marah dengan PKP, rakyat merusuh di jalanan, cetus huru-hara mungkin ‘oklah’ isytihar darurat.

“Tetapi rakyat sanggup berkorban, tak merusuh, banyak sabar, patuh PKP. Menteri yang tak patuh…kenapa rakyat pula nak ditekan dengan darurat,” katanya menerusi Twitter.

Semalam, timbul spekulasi bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi melaksanakan darurat kesihatan ekoran penularan wabak Covid-19.

Menurut sumber, keputusan diambil bukan saja bagi mengekang penularan wabak berkenaan tetapi juga untuk memudahkan urusan kerajaan.

Pada masa sama, ada pihak mendakwa Perdana Menteri akan mengumumkan darurat politik dan penggantungan Parlimen selama enam bulan.

Antara lain, ia bagi mengatasi ketidakstabilan politik dan mengelak lebih banyak konflik dalam sidang Parlimen akan datang.-Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights