PELAKSANAAN kuarantin di rumah bagi pesakit yang didapati positif tetapi tidak mempunyai gejala terutamanya di Sabah akan dipertimbangkan sekiranya fasiliti kesihatan di sana tidak mampu menampung pesakit yang semakin bertambah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu perlu dilihat kepada kesesuaian di rumah pesakit termasuk faktor ruang.
“Kita hanya pertimbangkan kalau perlu tapi setakat ini..tidak perlu lagi.
“Jika pusat rawatan risiko rendah tidak mencukupi, kita akan guna pakai konsep ini,” katanya pada sidang media hari ini.
Bagaimanapun, menurut Dr Noor Hisham, setakat ini jumlah katil yang disediakan di hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Risiko Rendah di Sabah masih mencukupi. -Malaysiapost