‘Yang penting ada surat majikan’

Nilam Oshman

Tiada halangan atau sekatan dari pihak polis, jika pekerja mempunyai surat dari majikan atau pas kerja, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri.

“Sebenarnya yang menentukan siapa yang bekerja di rumah atau pejabat adalah majikan.

“Bagi pekerja-pekerja yang masih bekerja di pejabat majikan mengeluarkan surat kebenaran atau pas untuk merentas daerah dan negeri untuk bekerja,” katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya, di peringkat sekatan jalan raya, bukan anggota keselamatan yang menentukan siapa yang boleh bekerja di pejabat atau di rumah.

“Yang pentingnya adalah jika pekerja tersebut mempunyai surat majikan atau pas pekerja untuk dia bekerja di pejabat, makna tidak ada yang boleh menyekat mereka untuk berkerja.

“Pihak polis perlu melepaskan mereka untuk pergi bekerja kerana dia telah membuktikannya.

“Surat dan pas, itu bukti.. mereka boleh ke tempat kerja,” katanya. -Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights