Kerana ingin berjimat, Sheila Mambo basuh semula pelitup muka pakai buang

Nurul Huda Abhar

PELAKON Sheila Mambo membuat perkongsian di laman sosial Instagram (IG) miliknya cara membasuh semula pelitup muka pakai buang sebagai salah satu langkah penjimatan.

Menerusi video berdurasi 45 saat itu, dia mengakui cara tersebut salah dan tidak disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, namun Sheila mempunyai alasannya yang tersendiri.

Sheila atau nama sebenar Rusilawati Hasan, 57, dia hanya akan membasuh kembali pelitup muka yang dipakai jika penggunaannya kurang dari dua jam atau tidak melibatkan bertemu dengan orang lain.

“Saya kalau guna sekejap kurang dari dua jam atau hanya bertembung dengan orang ramai saya akan jemur selepas pakai, saya guna dua kali sahaja.

“Lepas tu saya basuh dan keringkan, kalau masih elok tidak keluar bulu-bulu kapas.

“Faham-fahamlah, bukan murah mask, tapi seeloknya, kita basuh dengan sabun guna tapak tangan gosok manja-manja sahaja. Jemur dah boleh pakai,” katanya dalam catatan di IG semalam.

Tambahnya, dia hanya membasuh pelitup muka itu sekali sahaja dan kemudian membuangkannya selepas penggunaan kedua.

Pelakon filem “Nana Tanjung” itu juga menegaskan dia bukan kedekut tetapi ingin berjimat tatkala ekonomi semakin suram akibat pandemik Covid-19.

“Cuba lepas basuh kering, letak air, kalau tak tembus air masih elok digunapakai.,” ujarnya,

Pengikut di laman IGnya ada yang menulis di ruangan komen bahawa tindakannya itu sesuatu yang salah, namun ada juga yang berkongsi cara yang sama dengan membasuh kembali pelitup muka yang sudah dipakai.

“Maaf tak boleh pakai balik…harus dibuang,” tulis Leezafik40.

“Walaup apa pun tetap salah. Perkara mengenai kesihatan jangan buat remeh. Kat tempat saya “mask” 50 keping RM5 sahaja. Meh siapa nak kirim saya belikan,” kata Faranurdiena.

“Saya basuh air sabuh berbuih, keringkan kat panas terik.
“Iron” lagi jadi macam yang baru je. Berjimat,” kata Sitikaty.

Mengikut saranan KKM, pelitup muka pakai buang tiga lapis boleh dipakai sehingga lapan jam atau sepanjang waktu bekerja atau bersekolah.

Ia tidak boleh dibasuh atau dipakai semula walaupun keadaannya masih elok. Pengguna dinasihatkan memutuskan satu tali pengikat sekiranya hendak membuang pelitup muka.

Ini untuk memastikan pelitup muka yang dibuang tidak diguna semula atau dijual oleh pihak tak bertanggungjawab. -Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights