Zahid tidak hadir pertemuan dengan PM, MP BN berkumpul hari ini

Aiman Hanif

KETIADAAN Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya pagi ini menimbulkan tanda tanya.

Pagi ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan menteri Kabinet dan beberapa ketua parti bagi membincangkan titah Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan kerajaan untuk mengadakan darurat bagi menangani Covid-19.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran dilihat memasuki kompleks pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, pagi tadi.

Sehingga artikel ini ditulis mesyuarat yang dipengerusi Muhyiddin belum berakhir.

Sumber dalaman Umno memaklumkan Zahid membuat keputusan untuk tidak hadir ke Putrajaya pada saat-saat akhir atas kapasiti peribadi.

Malaysiapost dimaklumkan jam 12 tengah hari nanti Ahli Parlimen BN mengadakan pertemuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pertemuan dijangka akan membincang keputusan Yang di-Pertuan Agong semalam menolak cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat.- Malaysipost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights