Luqman perbaiki komunikasi dalam padang

‘UBI’ muda negara, Luqman Hakim Shamsudin giat memperbaiki komunikasi dengan rakan sepasukan selepas membuat penampilan pertama dalam saingan Jupiler Pro League bersama KB Kortrijk.

Pemain berusia 18 tahun itu memaklumkan dia gembira membuat penampilan pertama dalam saingan JPL menentang RSC Anderlecht, hujung minggu lalu.

“Sudah pasti gembira. Saya mendapat pengalaman baru serta mendapat banyak ilmu dari pemain senior.

“Kali pertama beraksi bersama skuad senior, saya kurang berkomunikasi kerana masih baru. Tetapi setakat ini mereka memberi banyak tunjuk ajar kepada saya,” katanya menerusi Astro Arena.

Pada aksi menentang Anderlecht, Luqman memainkan peranan besar membantu Kortrijk mendapat sepakan penalti pada separuh masa kedua.

Luqman dimasukkan sebagai pemain gantian yang menyaksikan skuad bimbingan Vincent Kompany berjaya menewaskan Kortrijk 3-1.

Komitmen dan kesungguhan pemain dari Kelantan dalam perlawanan itu dilihat bakal memberi keyakinan kepada pengendali pasukan, Yves Vanderhaeghe untuk terus memberi peluang kepada Luqman berada dalam skuad senior. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights