TAUFAN Molave berada kira-kira 678 kilometer (km) ke tenggara Da Nang, Vietnam, hari ini bergerak ke arah barat dengan kelajuan maksimum 157 km sejam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan notis Nasihat Taufan kerana boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.
Menerusi kenyataan, MET Malaysia memaklumkan taufan itu bergerak ke arah barat dengan kelajuan 25 kilometer sejam dan boleh mencapai kelajuan maksimum 157 kilometer sejam.
Menurut kenyataan itu, jarak taufan dari bandar terdekat di Malaysia adalah 787 kilometer ke barat laut Kudat, Sabah. – Malaysiapost