KLUSTER Kempas di Johor mencatatkan peningkatan jangkitan kepada 30 kes positif Covid-19 sejak mula dikesan di negeri itu, Isnin lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan, berkata ia peningkatan lapan kes berbanding 22 kes positif yang direkodkan pada Isnin lalu.
Katanya, seramai 240 daripada kontak rapat kluster berkenaan disahkan negatif manakala 173 masih menunggu keputusan saringan.
“Sehingga semalam, jumlah kes bagi Kluster Kempas meningkat kepada 30 kes yang membabitkan tujuh rakan sekerja, 15 orang ahli keluarga, lima kontak rapat ahli keluarga berkenaan serta tiga pelajar.
“Sehingga semalam, jumlah kes bagi Kluster Kempas meningkat kepada 30 kes yang membabitkan tujuh rakan sekerja, 15 orang ahli keluarga, lima kontak rapat ahli keluarga berkenaan serta tiga pelajar.
“Punca jangkitan kluster ini masih lagi di dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Vidyananthan berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Johor menjangkakan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu terus berlaku dalam terdekat dengan kemasukan kes import dan aktiviti pengesanan yang sedang dipergiatkan.
Namun beliau meminta orang ramai untuk bertenang dan tidak menimbulkan panik dengan menyebarkan maklumat kurang tepat memandangkan penularan virus di negeri itu masih terkawal. – Malaysiapost