Hina Raja: Ronnie Liu ditahan

Fitri Nizam

ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew ditahan berhubung hantaran Facebook berbaur hasutan dan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, pagi ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata dia ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pagi ini.

“Ya, polis menahannya untuk membantu siasatan lanjut di IPD Petaling Jaya pagi ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost.

Terdahulu, Mior Faridalathrash memberitahu Malaysiapost Ronnie Liu hadir ke IPD Petaling Jaya untuk memberi keterangan.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pada 21 Oktober lalu pihaknya memulakan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook, Ronnie Liu Tian Khiew.

Katanya, pemilik Facebook itu membuat kenyataan ‘Now in Bangkok. They are saying No to the King’ (Sekarang di Bangkok. Mereka mengatakan tidak kepada Raja).

Hantaran dimuat naik di Facebook Ronnie Liu Thian Khiew

“Siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap Raja atau kerajaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: Malay Mail

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights