Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim
1- Capal sememangnya jelas adalah salah satu dari pakaian Nabi saw. Ia termasuk dalam sunnah Jibliyyah. Sekiranya seorang memakainya dengan niat menuruti Nabi saw, maka ia mendapat pahala. Namun sekiranya ia memakai kerana adat, maka ia harus sahaja. Begitu pula Rasulullah saw juga memakai khuf (kasut kulit menutupi kaki hingga buku lali) seperti Hadis Baginda mengambil wuduk dengan menyapu diatas khuf.
2- Ada pihak yang melampau memberi tumpuan kepada hal ini. Sedangkan sunnah Rasulullah saw bersifat menyeluruh iaitu bermula dari bangun tidur hingga tidur kembali. Adab tidur dan bangun, berjalan duduk, bekerja berehat, makan minumnya, berpakaian, bergaul dengan manusia hinggalah masuk tandas semuanya tidak terlepas dari ajaran sunnah Rasulullah saw.
3- Ada pihak pula membenci sehingga menghina. Dibuatnya replika tayar yang dipenuhi lukisan capal di atasnya. Saya minta golongan kedua ini berhati-hati kerana mereka mungkin termasuk dalam hal menyakiti (إيذاء) Nabi saw. Walaupun mereka tidak bermaksud demikian.
Kritiklah secara ilmiah sebagaimana yang dilakukan ulama muktabar dalam banyak hal. Kalau seruan anda tidak dipedulikan, maka bukan lagi tanggungjawab anda sehingga terpaksa menghina dengan tayar capal pula!
Sebagaimana golongan yang membenci keturunan Nabi saw. Dikutuk perlinya dengan sewenangnya.
Satu persoalan yang perlu dijawab, bagaimana sekiranya mereka yang dikatakan mendakwa keturunan Nabi saw itu, sememangnya mengalir darah Nabi saw dalam tubuhnya? Adakah anda tidak akan termasuk dalam kalangan menyakiti Nabi saw? Kalau anda termasuk demikian, bagaimana anda akan berdiri menagih syafaat Nabi saw nanti?
Mengkritik atas dasar ilmu (kritikan ilmiah) sangat jauh bezanya dengan memperli, mengutuk dan menghina. Termasuklah dalam isu capal.
4- Saya berpegang lambangan capal adalah harus. Ia seperti logo, bendera, batch dan lain2 selagi tiada melanggar batas syarak. Isu ini tidak sunyi dibahaskan oleh pelbagai ulama besar seperti Imam ibn Asakir, Imam Ibn Rabi’, Imam abu Ruh abd Muiz, Al-Hafiz alMaqqari, imam al-Hafiz Iraqi, Syaikh Sirajuddin Bulqini, Syaikh Asyraf Ali Thanawi, Syaikhul hadith Maulana Zakaria Kandahlawi dan lain-lain. Wallahu a’lam
Penulis ialah Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Tulisan ini diambil dari Facebook beliau.