Moga 22 bulan di luar kerajaan jadi pengajaran, keinsafan buat Umno

Moga 22 bulan di luar kerajaan jadi pengajaran, keinsafan buat Umno

Engku Ahmad Fadzil Engku Ali

UMNO kena ambil tempoh 22 bulan berada di luar kerajaan sebagai punca keinsafan yang sebenar.

(2) 60 tahun berkuasa menyebabkan sebahagian orang-orang Umno menjadi sangat ego dan self-centred.

(3) Pengalaman peribadi saya ketika menjalankan tugas sebagai Felo Kanan IKSIM, berceramah di sebuah daerah di Kelantan awal 2018 menerangkan tentang kepentingan mempertahankan kedaulatan Islam sebagai agama negara (Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan), tiba-tiba penganjur bisik minta saya pendekkan ceramah kerana ada ketua bahagian/cawangan Umno nak berucap.

(4) Saya tidak hiraukan permintaan beliau dan habiskan pembentangan saya seperti sepatutnya. Program-program IKSIM, memang kami alu-alukan orang-orang politik dan pemimpin politik hadir supaya mereka dapat dengar dan faham kepentingan menjaga kedaulatan Islam TETAPI kami cuba elakkan mereka berucap kerana nak elakkan mereka jadikan program IKSIM sebagai alat politik mereka.

(5) Tetapi para penyelaras program kekadang beralah dengan orang-orang politik demi nak memastikan program jadi dan berjalan lancar.

(6) Selesai pembentangan, saya terus beredar kerana meluat melihat perangai ketua Umno tersebut yang tidak pandai menghormati majlis orang lain.

(7) Rakan sekerja saya yang ketika itu berada bersama audiens memaklumkan bahawa beliau terdengar ketua Umno tadi marah-marah kepada saya, dia kata “penceramah ni takdok telingo ko? Ore suruh berhenti, tak berhenti” bayangkan kalau saya pengundi di situ, agak-agak tertarik kah saya nak mengundi beliau sebagai wakil rakyat???

(8) Orang-orang Umno pada masa itu ramai yang dah jadi elit yang kejar projek, lost touch dengan denyut nadi rakyat. Saya percaya pada PRU14 yang lalu, sebahagian orang-orang Melayu Islam yang mengundi DAP bukan kerana mereka percaya atau sokong DAP sangat, tetapi kerana mereka meluat melihat perangai sebahagian ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Umno.

(9) Moga tempoh 22 bulan di luar kerajaan menjadi pengajaran dan sinar keinsafan berpanjangan buat ahli-ahli dan pemimpin Umno.

(10) Tak perlu nak beretorik lebih-lebih, rakyat sekarang ramai yang dah celik dan cerdik. Yang mana ada masalah peribadi, masalah rasuah, salah guna kuasa, moral dan sebagainya elok sangat mengundur diri dengan terhormat daripada teruskan menjadi liabiliti kepada parti dan kerajaan.

(11) Cadangan ini bukan hanya untuk mereka yang dari Umno, bahkan yang dari parti-parti lain pun sepatutnya berbuat demikian.

Wallaahu ta’aala a’lam. Sekadar berkongsi sekelumit pengalaman dan meluahkan sedikit cadangan.

Penulis ialah mantan Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) 2015 – 2018
(Artikel ini diambil dari catatan Facebook penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Malaysiapost)