MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengumumkan insentif Bantuan Khas Kewangan (BKK) kali kedua bagi penjawat awam Gred 54 ke bawah.
Beliau berkata, mereka akan menerima insentif tersebut bagi setengah bulan gaji yang akan dibayar mulai 29 Disember ini.
“Insentif ini kali kedua pada tahun ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM16.5 juta,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2021 Selangor hari ini.
Menurutnya, insentif RM1,000 sebelum ini diberi kepada penjawat awam Gred 54 ke bawah pada 9 Jun lalu.
Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, insentif ini adalah untuk menghargai usaha serta komitmen para penjawat awam negeri Selangor yang tidak kenal erti penat lelah bersama-sama memakmurkan negeri.
“Sukacitanya saya mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kali kedua untuk tahun ini,” katanya. – Malaysiapost