Belanjawan 2021: 4 wakil Umno jumpa Menteri Kewangan esok

Belanjawan 2021: 4 wakil Umno jumpa Menteri Kewangan esok

SEBANYAK 130 usul berkaitan Belanjawan 2021 akan disampaikan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, esok.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, berkata empat wakil parti itu akan bertemu Menteri Kewangan bagi tujuan berkenaan.

“Esok empat orang wakil Umno akan bertemu Menteri Kewangan untuk menyampaikan lebih dari 130 syor yang dikutip dari rakyat, akar umbi serta pimpinan parti pelbagai peringkat.

“Saya percaya input Umno dapat membantu Kerajaan PN (Perikatan Nasional) membentangkan satu bajet rakyat dan bajet pemulihan ekonomi yang baik,” katanya. – Malaysiapost