JPN Negeri Sembilan ditutup hingga 12 November – KPM

JPN Negeri Sembilan ditutup hingga 12 November – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menutup Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, bermula hari ini hingga 12 November.

Penutupan itu termasuk Sektor Pembelajaran dan Unit Hal Ehwal Murid yang menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Rahang.

Menerusi satu kenyataan, KPM berkata penutupan itu susulan terdapat kes positif Covid-19 membabitkan beberapa pegawai jabatan berkenaan.

“Arahan penutupan itu turut membabitkan Unit Pembangunan Bakat Murid dan Sektor Pendidikan Islam di Kompleks KoKurikulum serta Pusat KoKurikulum Kem Hassan Basir di Batu Kikir, Kuala Pilah,” katanya.

Katanya, agensi itu sentiasa mengutamakan keselamatan kakitangan dan pelanggan.

Semua urusan membabitkan orang awam ditangguhkan sepanjang tempoh penutupan itu. – Malaysiapost