KWSP: Guna kaedah Tuntutan Balik atau Bayaran Terus

KWSP: Guna kaedah Tuntutan Balik atau Bayaran Terus

PERGERAKAN Wira Putra Malaysia mencadangkan, pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akaun 1 perlu menggunakan kaedah ‘Tuntutan Balik’ atau ‘Bayaran Terus’.

Exconya, Mohamad Izwan Zainal, berkata ia bermaksud kerajaan perlu meletakkan syarat-syarat tertentu untuk pengeluaran wang KWSP.

“Wira Putra yakin pengeluaran KWSP akaun 1 ini amat baik dalam merangsang ekonomi tempatan demi memastikan ada pengaliran tunai dalam negara.

“Namun begitu, dalam memastikan pengeluaran ini dapat mencapai matlamat, apakah matlamatnya sebenar yang digariskan?,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata antara kaedah yang boleh digunapakai bagi mengawal pencarum akaun 1 daripada membeli perkara-perkara yang tak sepatutnya seperti kaedah ‘Tuntutan Balik’ atau ‘Bayaran Terus’.

“Contoh, Ahmad diberhentikan kerja dan perlu mencari sumber pendapatan baharu dengan membuat grab food tetapi tiada kenderaan yang bersesuaian.

“Ahmad perlukan sebuah motosikal. Nak keluarkan motosikal perlukan deposit. Jadi melalui pengeluaran KWSP, Ahmad ada pilihan untuk membayar 10% deposit terlebih dahulu, dan membuat “Tuntutan Balik” daripada KWSP atau 10% deposit dibuat secara “bayaran terus” daripada KWSP kepada kedai motosikal yang berdaftar dengan SSM,” katanya.

Beliau berkata dengan cara sebegini dapat memastikan tujuan asal pengeluaran KWSP adalah membantu pencarum, bukannya bertujuan untuk membeli Iphone 12. – Malaysiapost