Saya gembira jaring gol di Eropah – Luqman

Saya gembira jaring gol di Eropah – Luqman

Muhammad Mustakim Ramli

PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin mengakui gembira dapat menjaringkan gol di pentas eropah.

Pemain berusia 18 tahun ini berkata, walaupun jaringan itu hanyalah dalam aksi persahabatan ia cukup memberi makna kepadanya.

“Saya menjaringkan gol di eropah dengan pasukan Eropah.. pasukan utama KV Kortrijk.

“Ia mungkin perlawanan persahabatan tetapi saya sangat gembira,” katanya menerusi video dimuatnaik di Facebook KV Kortrijk, hari ini.

Video berdurasi 48 saat itu sebahagian dokumentari mengenai perjalanan pemain berasal dari Kota Bahru, Kelantan itu bersama pasukan berpangkalan di Belgium berkenaan.

Sebelum ini, kelab milik Tan Sri Vincent Tan itu memaklumkan satu dokumentari bakal menceritakan mengenai hari pertama Luqman setibanya beliau di Kortrijk.

Dokumentari itu juga akan menceritakan bagaimana bekas pemain Selangor 2 itu menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu di Kortrijk. – Malaysiapost