Sean Connery meninggal dunia

Sean Connery meninggal dunia

AKTOR Hollywood yang terkenal dengan watak James Bond, Sean Connery dilaporkan telah meninggal dunia di usia 90 tahun, hari ini.

Berdasarkan laporan BBC, kematian pelakon kelahiran Scotland itu disahkan keluarganya kepada pihak media.

Selain filem James Bond, dia juga pernah membintangi banyak lagi filem seperti The Hunt for Red October, Indiana Jones and The Last Crusade and The Rock.

Dia juga telah dianugerahkan Anugerah Kesatria yang memberinya gelaran ‘Sir’ oleh Ratu Elizabeth II di Holyrood Palace, Edinburgh pada 2000. – Malaysiapost