AHLI Dewan Negara, Senator Ras Adiba Radzi mengesahkan pegawai khas yang juga adiknya disahkan positif Covid-19.
Beliau berkata, Ras Afiona telah melakukan ujian saringan baru-baru ini dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
“Untuk makluman semua, saya dan seramai 10 orang ahli keluarga sedang menunggu keputusan saringan Covid-19.
“Dalam kesempatan ini, saya ingin memohon maaf sekiranya telah menyusahkan mana-mana pihak susulan kejadian yang telah menimpa saya dan keluarga.
“Namun, saya redha dengan apa jua dugaan dan cabaran yang mendatang. Saya memohon agar Yang Esa melindungi kita semua dari wabak Covid-19 ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Terdahulu, sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini ditamatkan awal pada jam 1 tengah hari susulan penularan Covid-19 dalam kalangan kakitangan Dewan Negara. – Malaysiapost
