Ahmad Maslan, Nurul Izzah antara ahli baharu PAC

Ahmad Maslan, Nurul Izzah antara ahli baharu PAC

Fitri Nizam

DEWAN Rakyat mengumumkan 12 muka baharu Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), antaranya Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 76(2) di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Beliau berkata, Pengerusi dan Naib Pengerusi telah dipilih oleh Dewan Rakyat pada 27 Ogos lalu.

“Majlis Dewan hari ni dengan ketetapan melantik Ahli Jawatankuasa PAC yang baharu.

“Mereka adalah Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh; Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa; Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar; Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias; Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

“Selain itu, Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman; Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli; Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dan Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan,” katanya. – Malaysiapost