‘UBI’ Malaysia semakin laku di eropah apabila seorang lagi pemain muda negara melebarkan sayap ke Perancis.
Aqil Arazi Aziz,16 dilaporkan sah menyertai AS Cannes iaitu kelab yang berada di divisyen kelima.
Berdasarkan laporan Semuanya Bola, Aqil terpilih untuk memasuki kelab itu selepas menjalani latihan dan pemilihan selama dua bulan.
Sebelum ini, Aqil bermain untuk pasukan sekolahnya, Brooke House College di England.
Perkembangan ini diharapnya dapat memberi impak besar kepada karier beliau.
Walaupun AS Cannes kali terakhir bermain di Ligue 1 pada musim 1997/98, ia masih mampu melahirkan pemain berkualiti untuk Les Bleus seperti Zinedine Zidane, Patrick Vieira, Johan Micoud, Gaël Clichy, Sébastien Frey dan Jonathan Zebina.
Aqil dijangka akan diserap masuk dalam skuad bawah-19 terlebih dahulu dan ketika ini pasukan itu berada di tangga ke-10. -Malaysiapost