Belanjawan tepati prinsip Memorandum Suara Rakyat diserah Pemuda Umno – Asyraf

BELANJAWAN 2021 menepati prinsip yang digariskan dalam Memorandum Suara Rakyat diserahkan Pemuda Umno kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata antara lain ia berpaksikan kepada Belanjawan Mengembang (Expansionary Budget); tidak terikat dengan kekangan kedudukan fiskal negara; dan menfokuskan kepada kesejahteraan rakyat.

Katanya, pengamatan awal mendapati bajet itu agak menyeluruh dan menyentuh hampir semua golongan sasaran temasuk di bandar dan luar bandar dan wilayah pembangunan.

Menurutnya, walaupun ada perbezaan dari jumlah kuantum bantuan dan insentif yang kami tuntut, secara dasarnya menteri menyantuni pandangan kami sebaiknya.

“Sebagai contoh, Pemuda Umno tuntut agar lanjutan tempoh moratorium secara pukal dalam tempoh 3-6 bulan.

“Kedua, Pemuda Umno juga menuntut kebenaran pengeluaran Akaun 1 KWSP sekurang-kurangnya RM5,000.

“Ketiga, e-wallet yang dicadangkan adalah bernilai RM50 sebulan untuk tempoh 12 bulan kepada belia yang belajar di universiti awam dan swasta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Asyraf Wajdi berkata Pemuda Umno akan mengkaji lebih mendalam mengenai belanwan tersebut melalui perbincangan membabitkan pimpinan pergerakan itu.

“Akhir sekali Pemuda Umno berharap agar Ahli-ahli Parlimen dapat berbahas dan menyumbang idea yang bermanfaat dalam sesi perbahasan Belanjawan bermula minggu hadapan yang boleh menambah baik demi kemaslahatan rakyat dan negara keseluruhannya,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights