Muhammad Mustakim Ramli
PENSWASTAAN Kelantan FC menyaksikan pasukan itu mengorak langkah ke depan lagi apabila satu pusat penginapan milik pasukan itu dibuka.
Menerusi perkongsian di Facebook, TRW Kelantan FC memaklumkan The Red Warrior Resorts dibuka di Pulau Langkawi.
“Alhamdulillah, sudah dibuka The Red Warriors Resorts yang dimiliki oleh Kelantan FC,sebuah pasukan bola sepak terkenal Malaysia.
“Resort ini terletak di Pulau Langkawi, merupakan resorts syariah yang hanya membenarkan pasangan mahram sahaja dibenarkan tinggal bersama.
“TRW Resorts menjanjikan bilik yang bersih selesa dan meninggalkan kenangan indah bersama TRW Resorts Langkawi,” katanya.
Kelab milik Norizam Tukiman juga memaklumkan pada 2021, mereka akan melancarkan Kad TRW untuk semua penyokong Pasukan The Red Warriors.
“Tentunya ada special discount bakal diberikan.
“Booking di Agoda atau hubungi 017 4451636/012 5503225 dan layari https://www.facebook.com/trwresortlangkawi/ untuk maklumat lanjut,” katanya. -Malaysiapost