Muhammad Mustakim Ramli
[Belanjawan] SEBANYAK RM780 juta akan diperuntukkan bagi projek pembangunan di lima koridor wilayah pembangunan ekonomi, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
Beliau berkata jumlah itu merangkumi Sistem Pengangkutan Bas Rapid Transit di 3 Laluan Berkapasiti Tinggi dan Pembinaan “Busway” di kawasan pembangunan IRDA.
“Selain untuk Pembinaan Jambatan Palekbang ke Kota Bharu, Kelantan di bawah ECER dan Pembinaan infrastruktur dan komponen projek Zon Pembangunan Khas di Yan dan Baling, Kedah di bawah NCER.
“Peruntukkan itu juga bagi Projek Infrastruktur di Kawasan Perindustrian Samalaju, Sarawak di bawah SCORE; dan Penyambungan Projek Pembesaran Pelabuhan Kontena Sapangar Bay, Sabah di bawah SDC.
“Juga untuk Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi pakej dari Serusop ke Pituru; dan Projek Jalan Pintasan Cameron Highlands, Pahang dengan penekanan langkah pemuliharaan alam sekitar,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2021.
Tengku Zafrul berkata, selain itu, galakan cukai sedia ada bagi Koridor Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Iskandar Malaysia dan Koridor Pembangunan Sabah dilanjutkan sehingga 2022.
“Peruntukan sebanyak RM150 juta juga disediakan bagi Projek Penyaluran Air Mentah dari Sungai Kesang dan Tasik Biru ke Empangan Jus, Melaka,” katanya. – Malaysiapost