TAN Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan sebanyak 500,000 peluang pekerjaan baharu akan diwujudkan dalam semua sektor dalam usaha menangani isu pengangguran di negara ini akibat pandemik Covid-19.
Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi perhatian terhadap soal penyediaan pekerjaan melalui langkah ke depan dan atas sebab itu, Majlis Pekerjaan Negara ditubuhkan melalui Belanjawan 2021.
“Saya dan dibantu menteri lain serta sektor swasta akan memberikan nasihat mengenai langkah yang perlu dilakukan untuk menyediakan peluang pekerjaan.
“Sebanyak 500,000 peluang pekerjaan baharu akan diwujudkan termasuk latihan kemahiran baharu dan kemahiran semula yang akan disesuaikan dengan pekerjaan dan ekonomi baharu, ” katanya dalam sesi soal jawab bersama Astro Awani yang disiarkan secara langsung malam ini.
Pembentangan Belanjawan 2021 telah mengumumkan kerajaan menyediakan 500,000 peluang pekerjaan, namun jumlah yang hilang pekerjaan dilaporkan sekitar 2.4 juta.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam kenyataan semalam, menyatakan peluang pekerjaan yang diwujudkan 500,000 tidak dapat menyelesaikan masalah pengangguran.
Katanya, kerajaan perlu perhalusi apakah jenis-jenis peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan itu. -Malaysiapost
Foto kredit : Upperline